the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sebuah lagi sekolah antarabangsa terima ancaman bom

GEORGE TOWN: Sebuah sekolah antarabangsa di Batu Ferringhi dekat sini membuat laporan polis kerana menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Ia menjadikan tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan (gambar) berkata sekolah itu menerima ancaman bom menerusi e-mel pada 9.42 pagi semalam namun membuat laporan polis pada 9.22 pagi hari ini.

“Sekolah itu telah terima satu e-mel daripada individu tidak dikenali ([email protected]) mengatakan bahan letupan telah ditanam di sekolah,“ katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata polis menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar menerusi e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Tujuh laporan dibuat di Selangor, Kuala Lumpur (5), Johor (3), Pulau Pinang (2) dan masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan.

Ancaman itu dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings