Saturday, November 8, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kemboja setuju cadangan gencatan senjata oleh Anwar

The Sun Berita

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet telah bersetuju dengan cadangan gencatan senjata bersama Thailand yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Manet berkata beliau bersetuju dengan gencatan senjata itu kerana Kemboja bukan pihak yang memulakan pertempuran.

“Kunci kepada penyelesaian konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja ketika ini ialah kesediaan tulen pihak Thailand untuk menerima gencatan senjata, yang merupakan langkah pertama ke arah mencari penyelesaian seterusnya antara kedua-dua negara,” katanya.

Manet menjelaskan bahawa terdapat laporan yang tidak jelas daripada beberapa media antarabangsa mengenai rundingan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN semasa.

Beliau berkata persetujuannya terhadap gencatan senjata hanya dibuat selepas dimaklumkan oleh Anwar bahawa Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai, bersetuju untuk mengadakan rundingan damai.

Bagaimanapun, beliau menyatakan rasa kesal apabila Thailand kemudiannya menukar pendirian.

“Namun amat dikesali bahawa hanya selepas lebih satu jam kemudian, pihak Thailand memaklumkan bahawa mereka menarik balik pendirian terdahulu berhubung persetujuan terhadap gencatan senjata,” katanya.

Anwar sebelum ini berkata beliau telah menghubungi kedua-dua perdana menteri pada Khamis bagi mencari penyelesaian terhadap konflik yang sedang berlaku.

Pertikaian sempadan antara Kemboja dan Thailand memuncak selepas anggota tentera kedua-dua negara terlibat dalam pertempuran pada pagi Khamis di kawasan Oddar Meanchey dan Preah Vihear.

Kedua-dua negara jiran itu telah lama bertelagah berhubung sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan, yang telah menjejaskan hubungan diplomatik mereka – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Adidas reveals largest ever collection ahead of WC 2026

adidas has unveiled the official 2026 FIFA World Cup™ home kits for 22 partner federations, including Argentina, Germany, Italy, Japan, Spain, and more. Each design blends national heritage with modern aesthetics, featuring colours and patterns inspired by iconic kits, architecture, and landscapes. According to adidas, the collection “aims to bridge the gap between every generation of fan,” celebrating a liberated style of play and national pride.

Paragon Globe, UOB Malaysia partner to drive green financing under Johor–Singapore SEZ framework

Paragon Globe Bhd has signed a five-year memorandum of collaboration with UOB Malaysia to champion green financing and sustainability-driven investments linked to the Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ). The partnership will see UOB Malaysia act as Paragon Globe’s preferred banking partner, supporting future developments with innovative green financing and ESG-aligned project advisory.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img