the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan republik KYRGYZ, terokai pelbagai bidang

BISHKEK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.

Anwar berkata sektor kepentingan utama seperti ekosistem halal, perdagangan dan pelaburan, pendidikan serta pelancongan menggariskan keperluan meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan antara kedua-dua negara.

Beliau menekankan kepentingan laluan udara dalam usaha memperkukuh kerjasama dalam kesemua bidang ini.

“Terima kasih kerana memberikan kami tawaran Fifth Freedom Rights. Justeru, kami akan berbincang dengan syarikat penerbangan kami sekiranya mereka dapat mengatur (jadual penerbangan) sekurang-kurangnya sekali seminggu atau dua kali seminggu sebagai permulaan.

“Agak sukar untuk memujuk syarikat penerbangan untuk memulakan namun berdasarkan pengalaman, sebaik sahaja anda memulakannya, ramai yang akan nampak kelebihannya,“ kata beliau.

Anwar, yang dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke republik itu, berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Sadyr Zhaparov selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Kediaman Rasmi Ala Archa di sini hari ini.

Mengikut akhbar berbahasa Inggeris antarabangsa, penerbangan fifth-freedom membolehkan sesebuah pesawat terbang dari negara asal ke negara lain dan menurunkan penumpang serta barang sebelum mengambil penumpang dan kargo sebelum meneruskan penerbangan ke negara ketiga.

Sambil memberikan jaminan, Anwar menzahirkan komitmen Malaysia untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Republik Kyrgyz dan mengesahkan dedikasi pihak yang berkaitan termasuk agensi kerajaan serta sektor swasta.

Mengenai kerjasama dalam bidang halal, beliau berkata potensinya amat besar dan memaklumkan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam delegasi Malaysia.

“(JAKIM) ini adalah sebuah jabatan yang amat penting dalam berurusan dengan isu halal dan mengeluarkan pensijilan halal,“ katanya.

Menyentuh isu pendidikan, Anwar mengalu-alukan kedatangan pelajar, profesor, penyelidik dan individu dalam pelbagai bidang dari Republik Kyrgyz ke Malaysia untuk belajar, bertukar-tukar pandangan atau melakukan penyelidikan mengenai isu berkaitan.

Pada sidang media itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kehadiran beberapa menteri kanan yang mengiringi beliau dalam lawatan berkenaan sekali gus menggariskan kesungguhan Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz.

Selain Mohd Na’im, turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Sementara itu, Zhaparov menzahirkan jangkaan negara berkenaan untuk menjalin kerjasama baharu di peringkat tinggi dengan Malaysia sekali gus mencerminkan hubungan kedua-duanya yang bermula pada 1992.

“Saya yakin dengan kerjasama kita pada masa akan datang dan memberi komitmen sepenuhnya agar kerjasama ini berjaya,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings