the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ancaman palsu: Polis terima 19 laporan ancaman bom di sekolah – KPN

KUALA LUMPUR: Polis menerima 19 laporan hari ini mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada pukul 6.20 petang ini beliau berkata tujuh laporan dibuat di Selangor, Kuala Lumpur (5), Johor (3), Pulau Pinang (2) dan masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan.

Katanya ancaman berkenaan dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman dari penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.

“Sebaik dimaklumkan mengenai ancaman berkenaan, polis dengan kerjasama sekolah terlibat mengosongkan premis, pengungsian (evacuation) pelajar ke lokasi selamat turut dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dibenarkan pulang,“ katanya dalam kenyataan di sini.

Razarudin berkata tindakan pembersihan keselamatan (security flushing) bom telah dijalankan dan mendapati ancaman berkenaan adalah palsu, tiada bukti kewujudan risiko bom di mana-mana sekolah seperti didakwa.

“Siasatan turut mendapati alamat e-mel berkenaan baru dicipta dan kandungan asal e-mail itu adalah dalam Bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menggunakan aplikasi penterjemah,“ katanya.

Beliau berkata kandungan e-mel yang sama dikesan pernah dihantar ke 70 sekolah di Jamaica pada 12 Nov lepas yang dilakukan oleh seorang individu bermasalah mental dan pihak polis sedang menyiasat sama ada ia mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, polis memandang serius ancaman bom dan menyiasat sebarang ancaman tanpa gagal,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lazada Malaysia United Over 300 Creators, Brands and Retailers to Strengthen Social Selling for...

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 – Lazada Malaysia is strengthening social selling by giving creators deeper, firsthand knowledge of the products and brands they recommend, helping consumers make more informed purchasing decisions.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings