the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembinaan asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar masih dalam pertimbangan – Exco

BUTTERWORTH: Kerajaan negeri Pulau Pinang belum memuktamadkan perancangan membina asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Jason H’ng Mooi Lye.

Beliau berkata ini kerana Permohonan Kebenaran Merancang (PKM) yang dikemukakan pemaju Tetuan Chong pada 27 Jun lepas masih dalam pertimbangan biarpun projek itu telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri.

Jason berkata penilaian secara terperinci perlu dilakukan merangkumi pelbagai aspek termasuk reka bentuk dan susun atur sebelum kelulusan diberikan untuk memulakan pembinaan.

“Saya difahamkan, Penilaian Impak Sosial (SIA) telah pun dibuat dengan turut melibatkan komuniti setempat bagi mendapatkan input serta pandangan daripada mereka berkenaan projek ini.

“Selain SIA, setiap permohonan perlu melalui beberapa penilaian lain termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi mengenal pasti sama ada tapak itu sesuai untuk pembinaan atau sebaliknya,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu di Ampang Jajar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung bantahan oleh penduduk berkaitan rancangan pembinaan asrama warga asing di Teluk Kumbar yang dirancang pada 30 Disember ini.

Jason bagaimanapun berkata pihaknya memahami kebimbangan penduduk terhadap kesan projek berkenaan terutamanya membabitkan keselamatan.

Pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 27 Nov lepas, beliau memaklumkan anggaran sebanyak 32,680 pekerja warga asing akan ditempatkan di Teluk Kumbar berdasarkan kelulusan yang telah diperakukan Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang.

Ia membabitkan pembinaan satu blok bangunan asrama pekerja setinggi 27 tingkat terdiri daripada ruang kedai enam unit di aras satu, kemudahan rekreasi di aras satu dan dua dan 512 unit asrama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings