the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Individu cedera akibat ‘terkena’ benang di Lebuh Raya SUKE diminta buat laporan

KUALA LUMPUR: Polis memohon individu yang mendakwa cedera di dagu akibat ‘terkena’ benang yang dipasang secara melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Bukit Teratai di sini, untuk tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya mengesan satu hantaran berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial semalam.

“Menerusi hantaran itu, individu tersebut mendakwa dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di SUKE selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai kira-kira 6.30 petang, semalam.

“Pada masa sama, pihak Polis Ampang Jaya akan membuat siasatan awal dan perjumpaan dengan pengendali lebuh raya SUKE untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian dan meminta kerjasama mangsa dan saksi untuk tampil membuat laporan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden berkaitan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings