the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS rampas 200kg lengkuas tanpa permit di Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 200 kilogram (kg) lengkuas tanpa permit yang sah. Rampasan dilakukan selepas pemeriksaan ke atas sebuah kontena pada jam 9.40 malam semalam.

Menurut kenyataan AKPS, hasil pemeriksaan mendapati 200 kg lengkuas (Alpinia Galanga) daripada muatan hasil pertanian melebihi 44,000 kg tidak mempunyai Perakuan Pemasaran 3P daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kesemua lengkuas yang dianggarkan bernilai RM3,200 itu disita untuk tindakan lanjut,“ kata AKPS.

Mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), mengimport keluaran pertanian tanpa perakuan atau permit yang sah adalah satu kesalahan.

AKPS menegaskan komitmen mereka dalam memperketat kawalan di semua pintu masuk sempadan negara bagi memastikan kawalan biosekuriti terjamin serta membanteras aktiviti penyeludupan yang boleh mengancam industri pertanian dan keselamatan makanan negara. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings