the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

13 stesen minyak bersekongkol dengan penyeludup dikenakan tindakan – KPDN

KOTA BHARU: Sepanjang Januari sehingga semalam, sebanyak 13 buah stesen minyak di Kelantan terutama di kawasan sempadan dikenakan tindakan selepas didapati bersekongkol dalam aktiviti penyeludupan minyak

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata jumlah itu meningkat hampir sekali ganda berbanding 2023 iaitu hanya tujuh kes sepanjang tahun.

“Kesemua stesen minyak berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 melibatkan kesalahan seperti membenarkan pelanggan mengisi minyak ke dalam tong tanpa sebarang kebenaran yang sah atau menjual melebihi kuantiti dibenarkan.

“KPDN turut menahan 109 penyeludup di bawah akta sama tahun ini dengan kebanyakannya penyeludup minyak,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 147 kenderaan disita termasuk sebuah kenderaan asing dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM2.7 juta.

“KPDN akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan dalam menangani penyeludupan barangan bersubsidi termasuk petrol kerana pihaknya sendiri berdepan kekangan anggota di sempadan negeri,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings