the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kandungan media sosial dibuang kerana promosi jualan haram, penipuan

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menafikan dakwaan kononnya kerajaan membuang kandungan di platform media sosial, kerana mengkritik beliau atau Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan tindakan kerajaan membuang kandungan di beberapa platform media sosial, disebabkan 70 peratus daripadanya mengandungi promosi jualan haram dan penipuan dalam talian.

Fahmi turut berkongsi statistik kandungan memudaratkan pada tahun ini, iaitu 25,642 kandungan berbanding 1,019 pada 2022 dengan 18,140 kandungan tahun ini merupakan penipuan dan penjualan haram, diikuti 4,008 kandungan berita palsu, 2,858 kandungan jelik, 599 bersifat pornografi dan 37 kandungan bersifat mengancam.

“Tahun ini kita buang 18,140 kandungan penipuan. Zaman Annuar Musa (bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa) buang berapa? 315 je.

“Takkan dia tak cergas lawan penipuan pun nak salahkan saya?,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook dan X, hari ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulas berita bertajuk ‘Padam Kandungan: Langkah ke Arah Cengkaman Media’, yang diterbitkan Harakahdaily hari ini.

Media tempatan melaporkan syarikat induk Facebook, Meta dan TikTok, mengakui menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar kandungan atau menyekat akaun di platform berkenaan, bagi tempoh enam bulan pertama 2023. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings