the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Laluan Batang Kali-Genting Highland akan dibuka selewatnya Mei 2024

SHAH ALAM: Laluan Batang Kali-Genting Highlands dijangka dibuka kepada awam selewat-lewatnya Mei tahun depan, selepas ia dijadualkan siap pada Mac tahun yang sama.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata setakat ini, kerja pembaikan dan penstabilan cerun itu telah mencapai perkembangan sebanyak 38.6 peratus.

“Kita telah bermula (proses pembaikan cerun) pada 28 Mei dan ia dijangka siap 29 Mac 2024. Selepas semua siap, kita akan pertimbang membuka kembali jalan ke Genting Highland itu.

“Kita turut meneliti kaedah teknikal yang sesuai dan mendapati reka bentuk TerraLink wall system paling sesuai dengan keadaan tempat (cerun) yang agak sempit,” katanya.

Izham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan R. Rajiv (PH-Bukit Gasing) berhubung status tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Beliau dalam temu bual bersama Bernama sebelum ini dilaporkan berkata ketika ini jalan tersebut hanya dibuka satu lorong sahaja dan terhad kepada pekerja di kawasan Genting Highlands.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kejadian curahan hujan, merupakan faktor pencetus utama tragedi tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Batang Kali, yang mengorbankan 31 orang pada Disember tahun lepas.

Tragedi 16 Dis 2021, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Video of crocodile in Shah Alam river triggers concern, locals say reptile has been...

A video showing a crocodile swimming in a river in Shah Alam has sparked mixed reactions, with some residents expressing concern while others say the reptiles have long inhabited the area.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings