the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Miskin tegar di Terengganu akan dinoktahkan dalam tempoh dua bulan

KUALA NERUS: Kerajaan Persekutuan berazam untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Terengganu dalam tempoh dua bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata setakat 2 Mei, terdapat sebanyak 1,663 keluarga di negeri ini masih berada dalam kelompok miskin tegar.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata agensi Kerajaan Persekutuan telah diarahkan untuk membuat gerak kerja dengan kerajaan negeri, bagi memastikan kemiskinan tegar di Terengganu dapat dinoktahkan dalam tempoh yang diberikan itu.

“Takkanlah dengan kekayaan seluruh agensi, (dan) kementerian tidak boleh tolong lebih 1,000 keluarga ini supaya selamat daripada miskin tegar. Maknanya tidak cukup makan, tidak ada pakaian untuk anak-anak dan susah untuk beli uniform (pakaian seragam) untuk anak-anak ke sekolah.

“Dengan syarat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu bekerjasama sepenuhnya untuk menoktahkan kemiskinan tegar ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings