the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 700 saman pelajar sekolah direkodkan di Petaling Jaya sejak Januari

PETALING JAYA: Sebanyak 689 saman kesalahan lalu lintas membabitkan pelajar dua sekolah di Petaling Jaya direkodkan sejak Januari lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada lesen memandu yang sah, mengubah suai motosikal, lesen kenderaan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar membabitkan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

“Bagi menangani masalah ini, pihak polis sering mengadakan program kesedaran kepada pelajar di sekolah menerusi Op Didik mengenai kesalahan lalu lintas serta kesalahan jenayah,“ katanya pada sidang media selepas Program Prihatin Lesen Memandu pelajar sekolah Parlimen Petaling Jaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai Op Didik menyebabkan pelajar takut hadir ke sekolah, Sasikala Devi berkata operasi tersebut adalah usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendidik dan memberi kesedaran supaya pelajar mempunyai pengetahuan serta mematuhi undang-undang jalan raya serta kesalahan jenayah lain.

Terdahulu, Sasikala Devi menyampaikan lesen memandu percubaan (lesen L) secara percuma kepada 100 pelajar SMK Taman Medan dan SMK Taman Datuk Harun serta anak warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sebagai usaha memastikan mereka memiliki lesen menunggang motosikal yang sah.

Sasikala Devi berkata pemberian lesen itu adalah kerjasama IPD Petaling Jaya dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama dan Institut Memandu Safety Driving Centre Sdn Bhd melibatkan kos RM17,000.

“Ini adalah projek pertama dan mungkin akan diteruskan bergantung kepada semua pihak yang boleh berkolaborasi serta tajaan daripada pihak berkaitan,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings