the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki tempatan lemas tergelincir ketika memancing di Kampung Padang Jawa

SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika memancing di kawasan sebuah kunci air di Kampung Padang Jawa, Seksyen 16, di sini petang tadi.

Mayat mangsa berusia 26 tahun itu dijumpai oleh anggota bomba dan penyelamat Seksyen 15 dalam jarak 15 meter dari lokasi kejadian pada jam 7.15 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan malam ini berkata siasatan awal mendapati lelaki itu tergelincir ketika hendak naik dari tempat memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata operasi menyelamat lelaki tersebut dijalankan setelah mendapat panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.29 petang.

Katanya Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba berjaya menemukan jasad lelaki berkenaan selepas hampir dua jam pencarian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings