the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perkembangan hasrat kerajaan noktah kemiskinan tegar dijangka jadi tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Perkembangan semasa berhubung hasrat kerajaan untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun menoktahkan kemiskinan tegar dijangka menjadi antara tumpuan di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) kepada Menteri Ekonomi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau juga ingin tahu mengenai kadar kemiskinan terkini negara dan pendapatan isi rumah mengikut kaum pada tahun 2022.

Selain itu, Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) bertanyakan Menteri Pengangkutan mengenai bilangan penerbangan dan pengendalian penumpang untuk lapangan terbang di Malaysia dan langkah kawal selia bagi melindungi pengguna daripada masalah kelewatan dan pembatalan penerbangan.

Pada sesi soal jawab pula, Gobind Singh Deo (PH-Damansara) meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah rancangan kementerian untuk memastikan masalah kekurangan beras tempatan di seluruh negara tidak berulang.

Turut tersenarai, pertanyaan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan peruntukan bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan kawasan yang terlibat, tempoh pelaksanaan projek ini dan pencapaian projek sehingga Jun 2023.

Usai sesi itu, Dewan Rakyat akan menyaksikan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings