the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Set minda Perang Dingin perlu dinoktahkan: PM

SAN FRANCISCO: Negara seperti Malaysia dan kumpulan serantau seperti ASEAN tidak harus dipaksa melihat dunia ini dan kuasa-kuasa besar dalam set minda Perang Dingin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keadaan pada masa ini adalah lebih berkecamuk dan kompleks, yang memerlukan negara-negara sama ada besar atau kecil untuk berganding bahu serta bekerjasama dan tidak melakukan sebaliknya.

Oleh kerana itu mengapa pertemuan di antara Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) adalah penting.

“Ia harus memberikan satu mesej jelas bahawa kita boleh bekerjasama dan percaya antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah serius seperti Perubahan Iklim,” katanya dalam sesi soal jawab di Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC Ke-30 bertemakan ”The Global Economy and State of The World,” di sini pada Rabu.

Terlalu banyak isu kontroversi yang sedang dihadapi, kata Anwar yang memberi contoh seperti peperangan di Ukraine dan Gaza.

“Anda mesti mencuba dan menerima hakikat bahawa anda mungkin tidak dapat mencapai kesemua hasil yang diinginkan tetapi libat urus ini adalah penting untuk dicuba dan mewujudkan bidang yang boleh dilaksanakan.

Negara seperti Malaysia dan Asean tidak boleh dipaksa untuk melihat dunia dan kuasa-kuasa besar dalam set minda Perang Dingin,”

Perdana Menteri menekankan kedua-dua negara, Amerika Syarikat dan China sama penting bagi Malaysia.

“Amerika Syarikat merupakan rakan tradisi dan pelabur utama di Malaysia tetapi berlaku perubahan dan terdapat peningkatan dalam perdagangan dan pelaburan dari China.

Jadi mengapa kemudian meletakkan kami dalam keadaan yang sukar, satu mainan campur-tolak. Untuk manfaat negara-negara membangun dan juga untuk Barat dan Timur, saya percaya penyelesaiannya sudah tentu kerjasama yang lebih hebat,” katanya.

“Pemimpin bijak dengan wawasan dan komitmen. Kita harus berkongsi idea dan boleh menyelesaikan isu-isu dengan lebih berkesan,” katanya.

Anwar tiba di sini pada Isnin (13 Nov) untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) dari 14 hingga 17 Nov, yang merupakan penampilan sulung beliau selaku Perdana Menteri Malaysia pada mesyuarat itu.

Beliau diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil selain pegawai-pegawai kanan kerajaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings