the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki

KULAI: Seorang wanita nyaris menjadi mangsa culik selepas ditumbuk dan diseret di atas jalan raya sebelum dipaksa masuk ke sebuah kereta oleh empat lelaki tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Lagenda Putra di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tan Seng Lee berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.

Beliau berkata lelaki itu kemudian mendapati isterinya mengalami kecederaan luka pada bahagian bibir, tangan dan kaki, sebelum membuat laporan polis pada malam itu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa telah ditumbuk dan diseret di atas jalan raya oleh empat lelaki tidak dikenali yang disyaki warga tempatan.

“Mereka dipercayai turut cuba menarik mangsa untuk masuk ke dalam sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya, namun tidak berjaya, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Tan berkata tiada cubaan cabul terhadap mangsa sebagaimana didakwa di laman sosial Facebook sekali gus menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Kita sedang mengenal pasti kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, kita meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan agar tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor R. Arun di talian 013-3332385,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings