the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke tanah air, selesai lawatan negara ke Singapura

SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama dua hari.

Seri Paduka Baginda berdua yang memasuki republik itu menaiki kereta menggunakan laluan Tambak Johor, berangkat pulang ke Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 3.55 petang menggunakan laluan sama.

Mengiringi keberangkatan pulang Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.

Seri Paduka Baginda berdua berangkat pulang dari stesen MRT Woodlands North, selepas mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini projek Rapid Transit System Link (RTS Link) di stesen berkenaan.

Lawatan negara ke Singapura ini adalah yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta pada 31 Jan dan ia atas jemputan Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong memulakan lawatan negara itu pada Isnin dengan Majlis Sambutan Negara di Istana, pejabat dan kediaman rasmi Presiden Singapura.

Sultan Ibrahim kemudian mengadakan pertemuan dengan Ketua Negara Singapura itu, selain berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei ini.

Lee dan isteri, Ho Ching turut menjadi hos kepada Majlis Santapan Tengah Hari selepas pertemuan itu.

Pada sebelah malam, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah diraikan dalam Majlis Sambutan Negara dihoskan oleh Presiden negara berkenaan.

Program Seri Paduka Baginda berdua diaturkan berasingan pada sebelah pagi hari terakhir lawatan hari ini, dengan Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat bangunan Parlimen dan menyaksikan persidangan dari dalam kamar di kerusi Speaker’s Gallery.

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong melawat KK Women’s and Children’s Hospital dan meluangkan masa kira-kira satu jam di hospital berkenaan.

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menaiki MRT bagi mendapat taklimat perkembangan projek stesen Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) di stesen MRT Woodlands North.

Taklimat berkenaan perkembangan projek itu disampaikan oleh Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat.

RTS Link ialah projek laluan kereta api ulang alik sepanjang kira-kira empat kilometer dengan dua stesen, masing-masing di Bukit Chagar, Johor Bahru dan di Woodlands North, Singapura.

Sultan Ibrahim pada 22 Nov 2020 berkenan merasmikan Majlis Pecah Tanah projek berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings