the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bot hilang kawalan seret dua kapal layar, rempuh jeti

SHAH ALAM: Dua kapal layar rosak akibat diseret sebuah bot barter trade di jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, kira-kira 7 pagi tadi.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Komander Maritim Sharenliza Ghazali berkata bot Benteng 02 yang sedang melakukan rondaan rutin bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat.

“Bot KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia bersama 15 kru warga Indonesia itu telah mengalami kerosakan enjin secara tiba-tiba apabila keluar dari Jeti Asa Niaga.

“Akibat masalah berkenaan, bot itu telah hilang kawalan lalu merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club dan dua kapal layar berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Sharenliza sehubungan itu, mengingatkan orang ramai terutama komuniti maritim supaya sentiasa mementingkan keselamatan diri dan memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tiada sebarang masalah atau insiden berlaku.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings