the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PM seru rakyat jadikan Malaysia negara MADANI berpaksikan kekuatan Islam

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara MADANI yang berpaksikan kepada kekuatan, semangat dan berjiwa Islam.

Perdana Menteri berkata pembangunan negara juga harus dicapai dan dipacu bukan sekadar meneroka penemuan baharu, tetapi juga perlu berakarkan kepada kekuatan akidah dan akhlak Islam.

“ … dan sebagai tanggungjawab kita bersama, marilah hidupkan dengan menambah keikhlasan ‘al-amal lillahi taala’ dan dalam masa sama membawa roh ini dalam kehidupan seharian di negara kita ini,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas pada Program Darul Ehsan Berselawat bersempena dengan Festival Turath Islami (FTI) Selangor di pekarangan Stadium Shah Alam di sini malam ini.

Hadir sama pada program penutup FTI yang dihadiri kira-kira 50,000 orang itu ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan bekas Mufti Agung Mesir Profesor Dr Ali Jum’ah.

Festival Turath Islami Selangor kali kedua yang berlangsung dari 26 Mei itu bertujuan menghidupkan kembali turath atau pengajian kitab warisan dalam kehidupan harian umat Islam di Nusantara.

Dalam pada itu, Anwar berkata rakyat dituntut untuk kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua keadaan dan tempat.

Beliau berkata usaha itu harus terpancar daripada hati nurani yang ikhlas sama ada di rumah, sekolah, pejabat atau ketika menjalankan tugas di kementerian, atau selaku pegawai kerajaan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Amirudin dan kerajaan Selangor atas inisiatif menganjurkan program Darul Ehsan Berselawat, sekali gus menyemarakkan tekad umat Islam untuk menghayati dan memuliakan Nabi Muhammad SAW.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings