the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terpedaya pembelian motosikal di Facebook

SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan sindiket pembelian motosikal dengan nombor pendaftaran pilihan melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.

“Mangsa membuat tujuh pembayaran kepada individu tersebut sejak 24 hingga 28 Mei lepas dengan jumlah keseluruhan RM179,376 untuk pembelian tujuh unit motosikal berjenama Honda.

“Dia kemudian menyedari ditipu selepas tidak menerima motosikal yang dijanjikan sebelum membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan penjualan barangan secara dalam talian dengan harga rendah dan segera membuat semakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings