the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Motac terus laksana tanggungjawab promosikan Langkawi

MELAKA: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan terus mempromosi Pulau Langkawi di Kedah kepada pelancong domestik dan antarabangsa, di sebalik dakwaan sesetengah pihak bahawa pulau peranginan tersohor negara itu kurang dikunjungi pengunjung ketika ini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata ini kerana Langkawi merupakan antara destinasi pelancongan penting kepada negara.

“Saya tak boleh nak komen sangat kerana ia melibatkan banyak polisi, tapi saya percaya di peringkat kementerian (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – MOTAC) sedang kaji apa masalahnya.

“Kalau MOTAC minta input seperti berapa banyak penerbangan ke Langkawi, kita akan sediakan (kepada kementerian untuk kajian). Kita akan tetap promosikan (Langkawi kepada pelancong),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Jerayawara Jom Cuti-cuti Malaysia 2023 yang disempurnakan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya neger Datuk Zaidi Attan di sini hari ini.

Sebanyak 32 pempamer menyertai jerayawara itu yang bermula hari ini hingga Ahad depan.

Beberapa media sebelum ini melaporkan Langkawi bakal menjadi ‘pekan hantu’ berikutan kekurangan pelancong ke pulau peranginan berkenaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings