the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM akan teruskan SOP Covid-19 untuk kekang penularan ketika banjir – Dr Zaliha

SEGAMAT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata ia berikutan adanya peningkatan kes ketika ini, namun jumlah tersebut terkawal dan masih belum di tahap membimbangkan.

Beliau berkata kakitangan KKM di PPS juga telah maklum mengenai SOP sedia ada termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala.

“Dalam keadaan banjir memang kita bersedia, menyediakan kit untuk testing COVID-19. Seperti biasa, kalau ada kes begitu kita akan buat isolasi dan kita asingkan, SOP tetap sama, insya-Allah.

“Buat masa ini, peningkatan kes ketika ini hanya melibatkan kes-kes kecil dan gejala yang ringan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai SOP yang perlu dipatuhi terutama di lokasi banjir bagi mengelak penularan COVID-19.

Beliau berkata demikian selapas merasmikan Felda Medoi Agrofest 2023, Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Program Saringan Kesihatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Medoi, di sini, hari ini

Ahli Parlimen Sekijang itu berkata pada minggu EPID-47 terdapat pertambahan kes COVID-19 sehingga 3,626 kes berbanding 2,305 kes pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, beliau berharap lebih banyak PEDi di seluruh negara dapat melaksanakan program saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) khusus untuk penduduk.

“Pemeriksaan kesihatan penduduk melibatkan bacaan BMI, tekanan darah, kencing manis dan kolestrol itu penting bagi memperkasakan penjagaan kendiri dan kesedaran awal dalam kalangan komuniti setempat,“ katanya.

Di Parlimen Sekijang sahaja, beliau berkata seramai 321 penduduk telah mendapatkan saringan kesihatan di empat PEDi bermula 5 Dis hingga semalam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings