the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat lelaki termasuk dua polis ditahan samun pekerja asing

BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki termasuk dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menyamar sebagai pegawai polis dan samun warga asing, dalam kejadian di rumah kongsi di Simpang Ampat di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata empat lelaki berumur 24 hingga 37 tahun itu ditahan secara berasingan bermula 4.30 petang di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini selepas pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Seorang pekerja asing di rumah kongsi itu iaitu lelaki warga Nepal berusia 26 tahun membuat laporan polis mendakwa dia telah disamun oleh pihak polis dalam kejadian di rumah kongsi tapak pembinaan itu kira-kira 1.30 pagi sehingga kerugian RM820.

“Menurut mangsa, ketika dia dan rakan-rakannya sedang tidur tiba-tiba pintu rumah telah diketuk dan sebaik membukanya terdapat tiga lelaki mengenakan pakaian biasa memperkenalkan diri sebagai polis,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Khaw berkata selepas itu, tiga lelaki berkenaan telah masuk ke dalam lalu menggeledah rumah kongsi dan meminta RM5,000, namun mangsa tidak mempunyai wang seperti yang diminta dan menyerahkan wang berjumlah RM520 sahaja.

Beliau berkata seorang daripada rakan warga asing itu juga dipukul oleh suspek yang turut bertindak mengambil sebuah telefon bimbit milik mangsa sebelum bertindak keluar dari rumah kongsi itu.

Khaw berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati lokasi kejadian itu berada di dalam kawasan pembinaan sebuah kilang dan hasil semakan di tempat kejadian mendapati terdapat kamera litar tertutup yang merekodkan pergerakan tiga suspek itu, namun rakamannya tidak jelas.

“Dua anggota polis yang ditahan itu ialah konstabel dan koperal yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal.

“Dua lagi merupakan orang awam dengan seorang daripadanya menyamar sebagai pegawai polis dan seorang lagi ialah pegawal keselamatan di tapak pembinaan yang dipercayai turut mempunyai kaitan dalam kejadian itu,“ katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan serta dua orang awam yang ditahan itu masing-masing mempunyai lima dan sembilan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Empat lelaki itu menurutnya, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 170 Kanun Keseksaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings