the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kenaikan bil elektrik untuk majoriti pengguna Semenanjung

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada kenaikan bil elektrik bagi majoriti pengguna domestik di Semenanjung Malaysia susulan penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa bulan ini.

Beliau menegaskan bahawa 85 peratus pengguna domestik sebenarnya menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus bagi Julai 2025 berbanding enam bulan pertama tahun ini.

“Maknanya, ada penurunan sehingga 14 peratus. Tidak seperti yang jadi fitnah di luar,“ kata Anwar.

Beliau juga menafikan dakwaan mengenai kenaikan bil elektrik, sambil menjelaskan bahawa penurunan kos minyak untuk penjanaan elektrik membantu menstabilkan harga.

“Dan jangan umpamanya, mengandaikan kenaikan. Tidak ada kenaikan. Oleh kerana kos minyak (jana elektrik) itu menurun sekarang, walaupun tarif elektrik itu bermulai Julai 2025, bil elektrik rakyat tidak naik,“ jelasnya.

Pengumuman ini disampaikan secara langsung menerusi saluran televisyen utama dan platform media sosial hari ini sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memberi kejelasan kepada rakyat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings