the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Azalina: RUU Suruhanjaya Kanak-kanak dibentang di Parlimen Oktober ini

SEREMBAN: Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-kanak akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar).

Beliau berkata usaha mewujudkan sebuah suruhanjaya kanak-kanak yang bebas amat penting bagi melindungi dan memelihara kebajikan serta kepentingan kira-kira 9.5 juta golongan itu di seluruh negara.

Katanya ia bukan sahaja bertujuan mewujudkan kefahaman menyeluruh bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) serta badan bukan kerajaan yang berkaitan, tetapi juga dapat membantu Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak.

“Sebenarnya kertas Kabinet itu saya dah sediakan dan akan bawa pada Kabinet, Insya-Allah pada bulan ini atau awal bulan depan, dengan harapan kelulusan dari segi dasar dan rangka undang-undang itu dapat dibawa pada sesi Parlimen nanti.

“Pada masa ini pejabat pesuruhjaya kanak-kanak (OCC) berada di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), tetapi kita perlu mengeluarkannya dan menjadikan ia benar-benar bebas, kerana SUHAKAM mengendalikan lebih banyak isu berkaitan hak asasi manusia, tetapi bagi aspek pesuruhjaya kanak-kanak, SUHAKAM perlu lihat melangkaui aspek hak asasi,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah Seremban hari ini.

Beliau berkata hal berkaitan kanak-kanak bukan hanya kerja solo yang melibatkan satu kementerian semata-mata, tetapi seluruh ekosistem termasuk Kementerian Pendidikan dan KPWKM serta masyarakat.

“OCC mesti bebas dan bukan sebuah agensi kerajaan, supaya ia juga boleh memantau dan memberikan bantuan kepada agensi kerajaan untuk menampilkan amalan terbaik buat kanak-kanak. Kita tidak boleh bersifat defensif apabila melibatkan hak kanak-kanak. Anak-anak kita adalah masa depan negara. Kita mesti sediakan perlindungan penuh kepada mereka,” katanya.

Sementara itu Azalina berkata berkata berdasarkan kajian, sehingga hari ini 6,791 kes penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak telah dilaporkan, dengan Kelantan merekodkan kes paling tinggi sehingga 1,097 manakala kadar pelupusan kes secara menyeluruh ialah 72.6 peratus.

“Sebab itu, kita perlu lihat kepada wujudnya mahkamah bergerak, saya tahu Sabah dan Sarawak ada.. di sini juga tak ada mahkamah siber, sekarang banyak jenayah siber berlaku dan kes jenayah seksual kanak-kanak, grooming juga adalah elemen siber, jadi perkara ini perlu dikaji,” katanya.

Azalina berkata selain itu Akta Imuniti Negara bagi melindungi Malaysia daripada pelbagai tuntutan asing juga dijangka dibentangkan dalam sesi Parlimen pada Oktober. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings