the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Himpunan Malaysia Bersama Palestin: Orang ramai mula membanjiri Axiata Arena

KUALA LUMPUR: Orang ramai mula membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak 5 petang tadi.

Ibarat ‘lautan putih’, perkarangan stadium itu dipenuhi peserta himpunan yang hadir berpakaian serba putih, bagi mempamerkan solidariti mereka kepada rakyat negara Timur Tengah itu yang kini dihimpit kesukaran akibat penindasan yang dilakukan rejim Israel.

Himpunan yang dijangka dihadiri 20,000 orang itu turut diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Palestin, selain digemakan dengan laungan “bebaskan Palestin” dan “Israel Cuak”.

Program malam ini bermula secara rasmi dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin, sebelum disusuli dengan beberapa siri ucapan berkenaan sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara itu oleh pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka akan menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

HE Group clinches data centre contract worth approximately RM102m

Electrical engineering service provider HE Group Bhd, through its wholly-owned subsidiary, Hexatech Engineering Sdn Bhd, accepted a subcontractor contract amounting to approximately RM102 million for a data centre in Johor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings