the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cadangan tubuh agensi kepercayaan kredit kawal selia pinjaman wang

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadang menubuhkan agensi kepercayaan kredit bagi mengawal selia kelayakan peminjam wang. Cadangan ini bertujuan mengurangkan tekanan kewangan pengguna dan mengelak peminjaman daripada along tidak berlesen.

Ahli Parlimen Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) berkata, “Walaupun Malaysia ada agensi pelaporan kredit seperti CTOS, ramai rakyat tidak faham konsep kredit skor. Agensi kepercayaan kredit yang telus boleh membantu peminjam berdisiplin serta layak dapatkan fasiliti kewangan lain.”

Beliau menyatakan perkara itu semasa Perbahasan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rodiyah Sapiee (PH Batang Sadong) mencadang penubuhan pusat data khas bagi perkhidmatan ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL).

“Data BNPL perlu dipisah daripada sistem kredit konvensional seperti CCRIS kerana ia boleh jejas kelayakan pinjaman besar seperti perumahan,“ katanya.

Beliau mencadangkan pusat data BNPL diwujudkan di bawah Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) bagi pantau risiko kredit tanpa ganggu rekod kewangan utama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings