the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Zahid: Rakyat Terengganu perlu bangkit, sokong Kerajaan Perpaduan

KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu perlu bangkit dan mengubah sokongan mereka kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini adalah masa yang paling sesuai untuk rakyat menterjemahkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan jika tidak mahu menerima nasib seperti negeri lain yang dipimpin pembangkang.

“Kita takut apa yang berlaku di Kelantan, 33 tahun masalah air tak selesai… untuk rakyat Terengganu jangan pernah izinkan PAS perintah (negeri) untuk penggal yang kedua kali, cukuplah sekali sayang.

“Kita tahu Terengganu adalah swing state (keadaan politik berubah-ubah), kadang di atas kadang di bawah, dulu kalah, tapi kali ini Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) akan ambil alih kerajaan Terengganu dengan syarat penjelasan mesti disampaikan kepada seluruh pengundi Terengganu,“ katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Terengganu di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau sangat meyakini ulama kecuali ulama politik yang sering menyalah tafsir al-Quran dan hadis untuk kepentingan diri.

“Pemimpin itu kalau bercakap mesti benar, kalau berjanji mesti ditepati. Ulama itu mesti beri nasihat yang betul,“ katanya.

Beliau berkata pemerintah juga sepatutnya adil kepada seluruh rakyat sebagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang adil dalam menyelesaikan masalah walaupun di negeri pembangkang seperti dalam menangani isu air di Kelantan.

“Tapi hakikatnya mereka (pembangkang) akan membenarkan yang batil dan mereka batilkan yang hak… Kita harap rakyat Terengganu akan bangkit dan tukar kerajaan negeri kepada Kerajaan Perpaduan,“ katanya.

Beliau turut menyeru jentera Perpaduan agar bekerjasama dengan baik bagi memenangkan calon-calon PH-BN pada pilihan raya negeri ini.

“Kita (BN) bantu juga untuk mereka (PH) di sini. Di negeri lain PH bantu calon BN, di sini BN bantu PH… Semangat Jentera Perpaduan tetap utuh dan perkasa,“ katanya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings