the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kajian separuh penggal Belanjawan 2024 akan diterbitkan tahun depan – Steven Sim

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menerbitkan kajian separuh penggal Belanjawan 2024 pada tahun depan, selaras dengan ketetapan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim.

Bercakap dalam program khas Belanjawan 2024 Bernama TV hari ini, beliau berkata akta baharu itu menetapkan bahawa kerajaan perlu membentangkan prestasi belanjawan, laporan perbelanjaan kerajaan selain perbelanjaan cukai di Dewan Rakyat.

Jelas beliau, ini bermakna pelaksanaan Belanjawan 2024 dipantau di peringkat dalaman oleh jawatankuasa-jawatankuasa dalam Kementerian Kewangan (MoF) dan prestasinya dilaporkan kepada pihak awam serta Parlimen.

Sim juga menyifatkan Belanjawan 2024 sebagai membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha melaksanakan perbelanjaan secara cekap dengan lebih banyak wang disalurkan untuk pembangunan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kumpulan rentan.

“Pada masa sama, kita juga mahu membelanjakan wang ini secara berdisiplin…sebagai contoh subsidi bersasar iaitu wang yang sepatutnya disalurkan kepada PKS dan kumpulan rentan, akan diserahkan kepada mereka,“ katanya.

Beliau mengingatkan bahawa Belanjawan 2024 itu perlu diteliti dalam konteks dengan dokumen serta dasar lain yang telah diumumkan sebelum ini untuk lebih memahami kekuatan strategi kerajaan dari segi strategi fiskal.

Ini termasuk rangka kerja Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR); Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12).

Selain itu, Sim menegaskan bahawa kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, akan memberi impak terhad dari segi harga barang kerana melibatkan kategori kecil dalam sektor terbabit.

“Apa yang kita ingin lakukan adalah memperluas asas cukai dan pada masa sama tidak meningkatkan bebanan kepada rakyat,” katanya.

Atas alasan itu, langkah untuk memperkenalkan semula cukai berasaskan penggunaan lebih meluas seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), bukanlah keutamaan pada masa ini kerana boleh meningkatkan lagi harga barangan.

“Masanya masih belum sesuai kerana kita baru keluar daripada pandemik dan terpaksa berdepan dengan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan,” kata beliau.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings