the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penganalisis BNM: Laporan jejak wang sahkan RM1.89 bilion 1MDB masuk akaun Najib

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa dana US$681 juta atau RM1.89 bilion yang berasal daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak melalui lapan transaksi pada 2013.

Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata dana itu dipindahkan antara 22 Mac 2013 dan 10 April tahun yang sama oleh Tanore Finance Corp, syarikat yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, yang didakwa sebagai sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Sebelum itu, ia dilaporkan Tanore menerima sejumlah US$890 juta daripada anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investment Limited (1GIL) melalui dua dana fidusiari iaitu Devonshire Capital Growth Fund dan Enterprise Emerging Markets Fund (EEMF) pada Mac 2013.

Hari ini, Adam Ariff, saksi pendakwaan ke-47 mengesahkan Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun Najib antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

“Menurut penyata bank Najib, didapati sebanyak RM465,000,000 telah dikreditkan melalui tiga transaksi pada 22 Mac 2013 iaitu RM369,974,962.98 dipindahkan pada 28 Mac, tahun yang sama melalui dua transaksi,“ katanya ketika mengesahkan laporan jejak wang itu pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Beliau seterusnya berkata pada 8 April tahun yang sama, Najib juga menerima sejumlah RM152,500,000 dan pada 9 April dan 10 April, beliau menerima RM304,000,000 dan RM602,000,000, masing-masing daripada Tanore.

Pada hari pertama perbicaraan pada 28 Ogos 2019, pihak pendakwaan berhujah bahawa pada 14 Mac 2013, Najib menandatangani surat sokongan untuk mendapatkan pinjaman melalui terbitan bon oleh 1MDB daripada Bank of New York Mellon Group berjumlah US$3 bilion dan pada 19 Mac 2013 sejumlah US$2.721 bilion disalurkan ke akaun 1GIL dengan BSI Bank di Lugano, Switzerland.

Daripada US$2.721 bilion itu, sejumlah US$1,060,606,065 telah dibayar kepada Devonshire dan EEMF. Devonshire menerima US$646,464,649 dalam lima tranche manakala EEMF menerima US$414,141,416 dalam tiga tranche.

Pada 21 Mac 2013, Devonshire memindahkan US$430 juta kepada Granton Property Holding Ltd yang merupakan syarikat yang dikawal oleh Eric Tan.

Pada hari yang sama, Granton memindahkan keseluruhan jumlah itu kepada Tanore dan pada hari yang sama (21 Mac 2013) Devonshire memindahkan sejumlah US$210 juta kepada Tanore.

Kemudian, antara 22 Mac 2013 dan 25 Mac, tahun yang sama, EEMF memindahkan US$250 juta kepada Tanore yang oleh itu pada tarikh berkenaan mempunyai US$890 juta dalam pegangannya. Antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, Tanore memindahkan US$681 juta ke akaun tertuduh.

Najib,70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung esok.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings