the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembuat kek OKU rugi RM500k ditipu tawaran kerja palsu di TikTok

GEORGE TOWN: Seorang pembuat kek orang kurang upaya (OKU) mengalami kerugian melebihi setengah juta ringgit selepas diperdaya oleh tawaran kerja palsu melalui aplikasi TikTok. Kejadian ini dilaporkan baru-baru ini di sini.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata mangsa, seorang lelaki berusia 45 tahun, mula menerima mesej melalui WhatsApp daripada nombor tidak dikenali pada awal Disember tahun lepas.

Suspek, seorang wanita, kemudian menawarkan pekerjaan menjual barangan permainan kanak-kanak melalui TikTok dengan jaminan keuntungan 10 hingga 15 peratus.

“Mangsa bersetuju dengan tawaran itu sebelum diminta mengeluarkan wang untuk menampung kos barangan yang ditempah pelanggan,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa dikatakan telah melakukan 41 transaksi berjumlah RM523,350 dari akaun peribadinya ke lima akaun bank berbeza menggunakan mesin deposit tunai (CDM) antara 18 Disember 2024 hingga 14 Julai lalu. Namun, tiada keuntungan diterima seperti dijanjikan, dan suspek terus meminta bayaran tambahan.

“Mangsa membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan,” jelas Mohd Alwi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings