the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar: Negara kehilangan tokoh yang dedikasi perjuangkan nasib rakyat

PONTIAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai seorang yang konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.

Anwar berkata Allahyarham amat dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan sentiasa bersemangat untuk meringankan beban rakyat menerusi konsep Rahmah yang diperkenalkan kerajaan.

“..dan tentulah kehilangannya yang saya kira bukan sahaja sahabat, tapi juga sebahagian daripada negara (turut merasai), kerana Allahyarham Salahuddin sinonim dengan Rahmah.

“Itu menunjukkan sifat dia (Allahyarham) yang konsisten dalam mesyuarat-mesyuarat, perjumpaan dengan saya, perjumpaan dengan jemaah menteri, cari jalan dan kaedah untuk ringan beban rakyat.

“Negara kehilangan seorang tokoh dan saya harap semangat dan dedikasi beliau menjadi teladan terutama sifat penyayang dan rahmah yang beliau tonjolkan dan dedikasikan sehingga akhir hayat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengimamkan solat jenazah dan menziarahi jenazah Allahyarham, di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat di sini hari ini.

Perdana Menteri juga mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan solihin.

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepada keluarga Allahyarham.

Terdahulu, Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu meninggalkan isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan enam anak terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di sini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings