the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan suspek disyaki sebabkan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan di Taiping

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka, Pokok Assam, Taiping yang menyebabkan seorang lelaki berusia 50-an maut, semalam.

Ketua Polis Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata polis menerima panggilan kira-kira 4.15 petang semalam dan berjaya menahan suspek yang bekerja sebagai buruh binaan di tempat kejadian.

“Mangsa yang juga peniaga meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil tangkapan, polis juga merampas sebuah topi keledar dan tiga batang kayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ujian saringan awal ke atas suspek didapati positif dadah jenis morphin, dan suspek telah direman selama seminggu untuk membantu siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Katanya bedah siasat ke atas mangsa telah dibuat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini dan mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung dengan kecederaan tisu lembut pada badan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings