the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu kanak-kanak lemas di Sungai Petani reda pemergian anaknya

SUNGAI PETANI: Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas bersama datuknya di dalam kolam terbiar di Taman Kempas, di sini malam tadi, reda dengan kejadian itu.

Zarina Azmi, 34, berkata dia juga tidak menyangka pelukan erat anaknya Muhammad Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith sebelum kejadian, menjadi petanda kanak-kanak itu akan pergi meninggalkannya buat selamanya.

“Arwah merupakan anak tunggal, sembilan tahun selepas mendirikan rumah tangga barulah saya melahirkannya…memang kelahiran yang ditunggu-tunggu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Hospital Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Zarina berkata sebelum kejadian anaknya itu berada bersamanya di kedai makan yang diusahakannya, sebelum dijemput datuk kepada kanak-kanak itu, Azmi Abdullah, 78, kira-kira 5 petang.

Namun, beliau berkata kira-kira pukul 7 malam, dia mendapat berita bahawa anaknya itu ditemukan lemas bersama datuknya di dalam sebuah kolam.

Sementara itu, adik kepada Azmi, Yusof Abdullah, 61, berkata kali terakhir dia bertemu arwah abangnya pada bulan lalu dan berasa terkejut apabila menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.

“Arwah sebelum ini tukang kebun sekolah dan dah lama pencen, memang rutin harian bawa cucu dia meronda pada waktu petang dengan motosikal.

“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri…apa pun yang berlaku semuanya sudah suratan takdir dan kami reda,” katanya.

Semalam, seorang warga emas dan cucunya itu disedari tidak pulang ke rumah sehingga jam 7 petang, menyebabkan ahli keluarga mereka keluar mencari di sekitar kawasan berkenaan, sebelum mayat kedua-duanya ditemukan terapung di dalam sebuah kolam ikan terbiar berhampiran sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiada unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Loan approvals taking longer following hire-purchase reform, dealers claim

Dealers told theSun that the HirePurchase (Amendment) Act 2026 had yet to produce any visible shift in sales or customer behaviour, although some reported slower loan processing and more questions about financing terms.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings