the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MB Kedah ditahan kira-kira 3 pagi di ibu negara

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan polis di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan pegawai menteri besar itu Helmi Khalid menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya hari ini.

Menurut catatan kronologi dalam video yang dikongsikan itu, pintu bilik Muhammad Sanusi diketuk oleh anggota polis pada 2.30 pagi sebelum Menteri Besar Kedah berkenaan dibawa keluar dari bilik penginapannya pukul 3 pagi.

Muhammad Sanusi kemudian diarah menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948.

Video sama juga dikongsikan oleh pentadbir akaun Facebook Muhammad Sanusi menerusi laman Facebook penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu.

Muhammad Sanusi tiba di Mahkamah Sesyen Selayang pada 8.57 pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kenyataan beliau yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings