the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anthony Loke: Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh

KLANG: Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia dalam pelbagai aspek, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata politik dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama di Malaysia tidak seharusnya dibawa oleh suara-suara keterlaluan serta ekstrem kerana ia boleh membawa negara ke arah kehancuran.

“Semua pihak mesti mengakui bahawa sebagai sebuah negara majmuk, kita perlu ada sifat tolak ansur, toleransi dan mengambil jalan sederhana sebagai suatu semangat yang bersifat arus perdana kerana kejayaan Malaysia adalah (apabila) kita boleh hidup dengan baik walaupun dengan kepelbagaian kaum dan agama.

“Ia mesti difahami dan diterap untuk pastikan negara boleh bangkit semula secara bersama di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk keluar daripada pelbagai cabaran,” kata beliau semasa berucap pada perasmian Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2023 di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengetepikan perbezaan dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang kini menerajui negara.

“Saya tahu bukan mudah untuk semua pihak. Tidak mudah untuk rakan daripada UMNO-Barisan Nasional, tidak mudah juga untuk rakan dari PKR tetapi saya ingin bawa satu kebersamaan iaitu semangat dan sifat manusiawi. Kalau kita semua ada semangat manusiawi, inilah yang akan menyatupadukan kita.

“Aspirasi kita, walau apa juga kaum dan agama, semua hendakkan negara stabil, aman, ekonomi berkembang dan semua pihak ada peluang untuk berjaya dalam kehidupan, mendapat peluang pendidikan baik serta kesihatan baik dan akhirnya kita boleh hidup dalam keadaan baik,” katanya.

Loke turut menegaskan bahawa DAP berkali-kali menyatakan bahawa parti itu menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan khususnya Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.

Jelasnya perkara itu merupakan antara hala tuju dan kerangka perjuangan parti berkenaan dalam membangunkan masyarakat dan akan memastikan masyarakat yang dibentuk itu progresif serta meraikan kepelbagaian.

Sementara itu, Loke berkata kongres berkenaan pertama kali dihadiri wakil Wanita BN dan kehadiran itu disifatkan sebagai permulaan baik serta berharap semangat hubungan tersebut dapat diraikan sehingga ke peringkat akar umbi.

Seramai 305 perwakilan wanita DAP seluruh negara hadir ke kongres tahunan yang berlangsung pada hari ini.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings