the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM, Felcra jalin kerjasama strategik tingkat usaha pencegahan rasuah organisasi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur hari ini menjalin kerjasama strategik bersama Felcra Berhad sebagai usaha berterusan pencegahan dan pendidikan antirasuah dalam memastikan urusan perniagaan dijalankan secara bebas rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan kerjasama itu dijalankan melalui penganjuran Program Pemantapan Anti Rasuah dan Integriti Felcra Berhad.

“Felcra Berhad merupakan sebuah organisasi korporat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Inc dan proaktif meneroka beberapa bidang perniagaan seperti perladangan, pembajaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan dan pengeluaran makanan serta ternakan tenusu.

“Syarikat ini sentiasa komited menjalankan aktiviti perniagaan yang bebas daripada sebarang bentuk rasuah termasuk ketirisan dana awam atau perolehan,“ menurut kenyataan itu.

Seramai 70 peserta terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi Felcra antaranya Pengerusi Lembaga Pengarah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Pengarah Belanjawan Kementerian Kewangan Nor Azizati Hamzah terlibat dalam program itu.

Antara pengisian program adalah sesi penerangan dan sesi dialog mengenai kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 serta taklimat insentif potongan cukai selain pendedahan ringkas mengenai pengendalian proses siasatan.

“Program ini merupakan medan terbaik kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra dan pengurusan tertinggi Felcra dalam berkongsi serta mengutarakan pertanyaan atau permasalahan berkaitan isu antirasuah dan pencegahan rasuah yang berlaku dalam organisasi,“ menurut kenyataan itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings