the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Pahang tahan 9,662 individu, rampas pelbagai dadah lebih RM7.9 juta hingga Ogos

KUANTAN: Polis Pahang menahan 9,662 individu yang terlibat dengan pelbagai kesalahan berkaitan dadah sejak awal tahun hingga Ogos lepas, dengan nilai rampasan bahan terlarang itu berjumlah lebih RM7.9 juta.

Ketua Polis Negeri Datuk Seri Yahaya Othman berkata sepanjang tempoh itu juga Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang juga telah menyita pelbagai barang yang berkaitan, antaranya kenderaan dan wang tunai lebih RM2.2 juta.

Beliau berkata dalam Ops Hawk ke-2 di Pekan, Maran, dan Lipis, termasuk daerah ini sejak Selasa lepas hingga semalam pula, pihaknya menahan 287 individu termasuk sembilan wanita berumur 17 hingga 60 tahun, dan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM38,830.

“Antara kesalahan dilakukan ialah pengedaran, urin positif dan tangkapan melibatkan wanted person selain empat lelaki ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya operasi yang melibatkan 100 pegawai dan anggota polis itu menyasarkan kawasan Felda, pesisiran sungai serta jeti nelayan, dan operasi itu berjaya menutup lima ‘sarang penagihan dadah” di kawasan Felda dan satu di kawasan pesisiran sungai. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings