the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Suami isteri warga Indonesia ditahan bawa syabu lebih 4kg di Tawau

TAWAU: Polis menahan sepasang suami isteri warga Indonesia berusia 21 dan 22 tahun bersama dadah jenis syabu seberat 4.09 kilogram bernilai RM240,000 di kawasan Jeti CIQ lama di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata pasangan yang bekerja di sebuah ladang sawit di Lahad Datu itu ditahan pada 8.50 pagi ketika sedang menunggu bot dengan membawa sebuah tong.

“Ketika ditahan, didapati suspek ini tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai mahu pulang ke negara asal melalui jalan tidak diwartakan. Pemeriksaan lanjut pada tong itu menemukan beberapa helai pakaian serta sebuah kotak.

“Kotak ini juga didapati berisi empat bungkusan plastik bertulisan Guanyinwang dengan tiga daripadanya plastik bewarna hijau dan satu plastik emas, kesemua bungkusan itu dipercayai syabu dan untuk pasaran negara jiran,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Jasmin, pasangan suami isteri itu tidak memiliki sebarang rekod jenayah serta negatif dadah dan kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 12 Oktober bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya pihak polis kini berusaha mengesan rangkaian pengedaran dadah terbabit bagi siasatan lanjut dan orang ramai dialu-alukan untuk memberi maklumat dalam membanteras jenayah dadah. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings