the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Presiden Xi Jinping: Kepesatan teknologi baharu cetus perubahan model pembangunan industri

BEIJING: Presiden China Xi Jinping (gambar) berkata teknologi baharu seperti Internet, data raya, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan rantaian blok kini mengalami evolusi.

Beliau berkata pendigitalan, kecerdasan dan transformasi hijau perindustrian semakin pantas berkembang, manakala industri pintar dan ekonomi digital turut semakin berkembang pesat, hingga mengubah kaedah pengagihan sumber global, model pembangunan perindustrian dan gaya hidup rakyat.

Presiden Xi berkata China mementingkan pembangunan ekonomi digital, di samping menggalakkan integrasi mendalam teknologi digital dan ekonomi sebenar, mempromosi pengindustrian digital dan pendigitalan industri, serta mempercepatkan pembinaan ruang siber dan sektor digital.

“China komited bekerjasama dengan pelbagai negara di dunia menguasai arah aliran baharu era digital, mengintensifkan pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam sektor digital, serta menggalakkan inovasi dan pembangunan dalam sektor industri pintar.

“Selain itu China turut komited untuk mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber supaya mencipta masa depan yang lebih cerah,” kata Xi dalam surat tahniahnya kepada Ekspo Industri Pintar Antarabangsa China 2023, pada Isnin.

Ekspo Industri Pintar Antarabangsa China 2023 dirasmikan di bandar Chongqing, China pada 4 September. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings