the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia azam kurangkan pelepasan, sedia untuk pertumbuhan ekonomi rendah karbon

KUALA LUMPUR: Malaysia berazam untuk berada pada kedudukan yang baik bagi memainkan peranannya dalam mengurangkan pelepasan di samping memastikan ia bersedia untuk pertumbuhan ekonomi rendah karbon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Justeru, katanya Malaysia telah menyemak Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) untuk mengurangkan keamatan (intensity) pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2005 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab negara terhadap sasaran iklim global secara keseluruhan.

“Usaha ke arah mencapai NDC kita telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022 – 2040. Dokumen dasar ini melakar secara strategik jalan ke hadapan dan menggariskan keutamaan bagi sektor tenaga pada tahun-tahun akan datang.

“Ia meletakkan sektor tenaga sebagai pemangkin utama pembangunan sosioekonomi dan Aspirasi Negara Rendah Karbon yang progresif akan memastikan ekonomi Malaysia dapat memanfaatkan peluang yang muncul daripada peralihan tenaga untuk kekal berdaya tahan dan mampan,” katanya dalam ucaptama di acara Energy Asia 2023 di sini hari ini.

Anwar berkata untuk melaksanakan dasar ini dengan jayanya agar dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada kemajuan sosioekonomi yang ketara untuk negara, kerajaan sedang membangunkan lagi beberapa pelan hala tuju strategik.

“Yang paling penting ialah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional yang akan menggariskan strategi menyeluruh dan inisiatif berimpak tinggi untuk mempercepatkan usaha peralihan tenaga.

“Pelan hala tuju ini akan dilengkapkan dengan Pelan Tindakan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen yang akan membuka jalan kepada pencapaian keterjaminan tenaga jangka panjang yang mampan alam sekitar di Malaysia, dipacu oleh inovasi teknologi,” katanya.

Perdana Menteri berkata kedua-dua pelan hala tuju ini disasar dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, Malaysia terus melihat gas asli memainkan peranan penting dalam campuran tenaga dan antara hidrokarbon pembakaran paling bersih untuk beralih ke arah ekonomi karbon yang lebih rendah.

Pada masa yang sama, kerajaan yang menyedari kepentingan mengurus pelepasan metana sebagai gas rumah hijau yang sangat kuat, komited untuk menyertai ikrar metana global bagi mengurangkan pelepasan sebanyak 30 peratus menjelang 2030 berbanding tahap 2020.

“Industri matang sedia ada kita juga menawarkan beberapa kesamaan semula jadi kepada tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi rendah karbon. Sebagai pengeluar tradisional gas asli dan gas asli cecair, hidrogen mewakili langkah semula jadi seterusnya dalam rantaian nilai dan menawarkan peluang yang berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi selanjutnya,” tambahnya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings