the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PRN: Tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja belum dimuktamadkan – Fahmi

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal enam atau tujuh daripada keseluruhan sembilan kerusi yang masih dirundingkan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) belum dimuktamadkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, berkata beliau percaya rundingan mengenai pertindihan kerusi itu akan dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata penyelesaian rundingan tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pengerusi PH) dan pimpinan tertinggi dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya rasa mungkin tak lama lagi dan selepas itu, kita akan fokus mendekati rakyat dan berkempen apabila tiba masanya,“ katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Jelajah MYTV di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini, hari ini.

Pada 18 Jun lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telah selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH, namun terdapat pertindihan di sembilan daripada sejumlah 245 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Enam negeri yang akan berhadapan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, mengulas gesaan beberapa pihak agar bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua diambil tindakan berikutan kenyataannya yang melabelkan BN sebagai pakatan korup, Fahmi berkata beliau percaya DAP akan meneliti perkara itu memandangkan parti berkenaan melihat serius tentang isu disiplin.

“Kita serahkan kepada DAP untuk tentukan apa (bentuk) tindakan. Kita tidak jaga tepi kain parti lain ini, urusan parti masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi menyifatkan segala kritikan dan pandangan yang dikemukakan ‘rakan-rakan’ dari parti komponen Kerajaan Perpaduan akhir-akhir ini sebagai pengajaran untuk mereka memantapkan usaha dan menyegerakan beberapa ikhtiar bagi membantu rakyat.

Beliau juga percaya perkara itu tidak akan mempengaruhi sentimen pengundi pada PRN akan datang kerana rakyat memahami usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan demi menjaga kesejahteraan mereka ketika pasca pandemik COVID-19.

Selain itu, beliau turut mengganggap ura-ura bahawa Pemuda MCA akan memboikot PRN ‘sebagai asam garam dalam politik dan percaya ia dapat ‘diredakan’’ selepas selesai agihan kerusi dilakukan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Fahmi berharap program berkenaan dapat membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat kerana pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan memberikan dekoder percuma kepada isi rumah yang layak.

“Saya difahamkan program akan dijalankan ke seluruh negara dengan Parlimen Lembah Pantai adalah lapangan pertamanya. Melalui inisiatif ini, masyarakat akan mendapat siaran TV digital percuma yang menyiarkan kesemua saluran TV kerajaan dan swasta tanpa sebarang yuran bulanan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings