Tuesday, November 4, 2025
21.6 C
Malaysia
spot_img

PM bangga kejayaan Tunku Johor di GT Asia Fuji, Jepun

The Sun

KUALA LUMPUR: Kejayaan Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar pada GT World Challenge Asia di Jepun membanggakan rakyat Johor serta Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kejayaan di Litar Fuji Speedway itu juga memperlihatkan daya saing serta semangat juang tinggi anak muda negara di pentas perlumbaan antarabangsa.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atas kejayaan cemerlang merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia hari ini.

“Ucapan tahniah turut dizahirkan kepada Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang berjaya menamatkan perlumbaan pertama semalam di kedudukan ketiga,“ kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook.

Pada perlumbaan hari ini, Tunku Abdul Rahman meneruskan prestasi cemerlang dengan kemenangan bergaya mendahului dari mula hingga akhir bersama Ben Green dengan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R.

Sementara itu, Tunku Abu Bakar dan Jordan Love yang memacu jentera jenis sama terlepas kedudukan ketiga selepas berlanggar dengan skuad Team KRC di selekoh terakhir pada pusingan terakhir sekali gus menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke-22.

Kedua-dua jentera pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) itu memulakan perlumbaan kedua hari ini di barisan hadapan selepas menyambar petak pertama pada pusingan kelayakan semalam – BERNAMA

Related

spot_img

Latest

McKibbin shines with record-breaking win in Hong Kong Open

Tom McKibbin made a dream debut on the Asian Tour, winning the US$2 million Link Hong Kong Open at the Hong Kong Golf Club with a record-breaking performance. The 22-year-old Northern Irishman fired a superb final-round 63 to seal a wire-to-wire victory on 27-under 253 – setting a new tournament low and matching its largest winning margin of seven shots. American Peter Uihlein was runner-up after a 68, while Japan’s Tomoyo Ikemura, South Africa’s Louis Oosthuizen and American MJ Maguire shared third, another shot back. The win also earned McKibbin a spot in next year’s Masters and The Open, marking his debut at Augusta and third appearance in golf’s oldest Major.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img