the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Piala Asia: FAM, KBS sedia bantu ‘terbangkan’ penyokong ke Qatar

KUALA NERUS: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mencongak memastikan seramai mungkin penyokong bola sepak negara dapat menyaksikan skuad Harimau Malaya beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) berkata satu mesyuarat melibatkan badan induk itu, KBS, syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines dan kumpulan penyokong tegar pasukan negara Ultras Malaya akan diadakan pada Khamis depan.

“Saya juga telah berhubung dengan Duta Besar Malaysia ke Qatar, beliau sedia untuk bantu dari segi tempat tinggal kerana tempoh skuad kebangsaan beraksi agak lama iaitu lawan Jordan pada 15 Jan, Bahrain (20 Jan) dan Korea Selatan (25 Jan), jadi kita akan bantu mana yang boleh untuk senangkan penyokong.

“Dari segi penerbangan, kalau dapat penerbangan sewa khas lagi baik tetapi kita perlu tahu jumlah yang pergi. Saya fikir ia tidak jadi masalah kerana Malaysia Airlines akan membantu,” katanya ketika ditemui selepas program Townhall Bersama Presiden FAM di sini, malam tadi.

Pada saingan Piala Asia 2023, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama-sama juara dua kali, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Pada Jun tahun lepas, skuad Harimau Malaya bimbingan Ketua Jurulatih Kim Pan Gon mencipta sejarah apabila menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia sejak kali terakhir melakukannya pada edisi 1980 di Kuwait.

Kali terakhir Malaysia beraksi pada Piala Asia ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

Sementara itu, wakil Ultras Malaya Mohd Ridzuan Ahmad yang lebih dikenali sebagai Lekir berkata tiga perkara yang menjadi perhatian penyokong adalah harga tiket penerbangan, akses membeli tiket perlawanan dan penginapan sepanjang di Qatar.

“Biasanya harga tiket pergi dan balik antara RM4,500 ke RM5,000, jadi macam mana kos ini boleh dikurangkan begitu juga dari segi tiket perlawanan. Kita juga tahu di Qatar ada tempat penginapan milik Malaysia, mungkin boleh dapat kadar yang tidak terlalu tinggi.

“Saya yakin sekiranya ketiga-tiga perkara itu kosnya dapat dikurangkan, lebih ramai penyokong akan pergi,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 150 penyokong tempatan hadir ke program Townhall Bersama Presiden FAM yang berlangsung selama dua jam bagi berkongsi pandangan dan idea serta mengetahui lebih mendalam berkaitan skuad kebangsaan dan perkembangan bola sepak tanah air.

Hadir sama dua Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S. Sivasundaram, tiga Naib Presiden FAM Datuk Seri Rosmadi Ismail, Mohd Joehari Mohd Ayub dan Datuk Posa Majais serta Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Jollibee Group Brands Recognized as Top Three Most Valuable Restaurant Brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong Enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with Expanded Regional Medical Coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings