the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor catat peningkatan kes kesihatan mental, gangguan emosi sejak Covid-19

ISKANDAR PUTERI: Johor mencatatkan peningkatan kes kesihatan mental serta gangguan emosi melebihi 20 peratus, sejak penularan Covid-19, tiga tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata perkembangan itu cukup membimbangkan memandangkan ia perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlarutan sehingga membawa kepada isu kesihatan lain.

“Tahun lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merekodkan sebanyak 28 peratus kes kesihatan mental serta gangguan emosi di negeri ini, berbanding 21 peratus yang dicatatkan pada 2021.

“Pada 2020, kes kesihatan mental dan gangguan emosi juga berada pada tahap tinggi iaitu 28 peratus. Kita mengesan trend peningkatan ini berlaku selepas penularan wabak Covid-19 pada 2020,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Beliau berkata kes kesihatan mental dan gangguan emosi sebelum 2020 di negeri itu hanya mencatatkan antara 11 hingga 12 peratus.

Ling (BN-Yong Peng) berkata demikian ketika menjawab soalan Selamat Takim (BN-Sungai Balang) yang mahu mengetahui kes kesihatan mental dan gangguan emosi yang direkodkan di Johor.

Setakat tahun lalu, seramai 57,855 pesakit berkaitan kes kesihatan mental dan gangguan emosi disaring.

“Ia berbanding hanya 35,951 pesakit pda 2021 dan 37,128 pesakit pada 2020 ketika Covid-19 mula menular,“ katanya.

Beliau berkata antara gangguan emosi yang dikenal pasti adalah kehilangan pekerjaan dan isu kewangan.

Justeru, Ling berkata JKNJ menyediakan perkhidmatan untuk membantu pesakit beradaptasi dengan situasi baharu dan bagaimana untuk menghadapi kecelaruan emosi.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan sokongan kesihatan mental kepada mangsa banjir khususnya di kawasan terjejas teruk menerusi JKNJ.

“Perkhidmatan ini turut menyediakan pertolongan cemas psikososial, sokongan intervensi untuk mangsa bencana bagi memerangi isu kesihatan mental yang berpunca daripada krisis seperti banjir yang melanda Johor ketika ini,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings