the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadillah akan beri penjelasan isu kritikal kepada ahli Parlimen GPS, GRS

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan memberikan penjelasan terperinci mengenai isu semasa dan kritikal negara kepada semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Langkah ini diambil susulan pertemuan tertutup Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Fadillah, yang juga Ketua Whip GPS, menekankan kepentingan penjelasan tersebut bagi memastikan semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan memahami isu-isu utama yang dibincangkan dalam Kabinet.

“Untuk GPS, kita tidak ada masalah. Kita memahami segala isu dan sebab jumlah Ahli Parlimen kita tidak besar…saya sendiri boleh berinteraksi dengan wakil-wakir kita sebab perkara ini sudah dibincangkan di Kabinet dan saya tahu apa isu yang perlu diberi penjelasan,” katanya.

Beliau menambah bahawa beliau akan memainkan peranan untuk memberikan penjelasan kepada semua Ahli Parlimen GPS dan GRS kerana masa Perdana Menteri mungkin terhad untuk melaksanakan pertemuan dengan semua wakil rakyat.

Fadillah berkata demikian selepas menghadiri Kursus ‘AI for MY Future’ kawasan Parlimen Petra Jaya di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS). Beliau juga mengulas mengenai pertemuan Anwar dengan wakil BN di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut laporan media, mesyuarat tersebut berlangsung lebih sejam dan dipercayai membincangkan isu semasa termasuk sidang Parlimen akan datang.

Fadillah turut memaklumkan bahawa beliau akan menyampaikan penjelasan tersebut dalam satu sesi taklimat khas yang dijadualkan dalam masa terdekat.

“Kita akan ada satu sesi ‘retreat’ membabitkan semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan termasuk menteri dan timbalan menteri, dijadual pada minggu depan, jadi, di situ kita akan beri penjelasan lanjut,” jelasnya.

Selain itu, beliau akan berada di Sabah esok bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings