the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rujuk kepada CAAM kejadian helikopter mendarat hantar pelajar ke sekolah

SHAH ALAM: Kejadian sebuah helikopter yang mendarat di kawasan lapang Seksyen U11 di sini untuk menghantar seorang pelajar sekolah swasta pada April lepas, telah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata helikopter berkenaan mendarat kira-kira 15 minit pada 17 April lepas sekitar pukul 8 pagi di kawasan tanah lapang berhampiran kawasan Bukit Bandaraya, Seksyen U11.

“Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan kes diklasifikasikan sebagai Refer Other Agency, kepada CAAM untuk tindakan selanjutnya terhadap kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran maklumat tular di media mengenai kejadian sebuah helikopter mendarat untuk menghantar seorang pelajar daripada sebuah sekolah swasta di Setia Eco Park Shah Alam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings