the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu penderaan di taska: Polis sahkan mangsa digigit kanak-kanak seusia

PUTRAJAYA: Kecederaan seorang kanak-kanak yang dilaporkan digigit di sebuah taska di sini adalah selari dengan kesan gigitan kanak-kanak seusia.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata perkara itu telah disahkan pegawai perubatan setelah kanak-kanak tersebut dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berhubung beberapa kesan gigitan di tangan anaknya semasa dihantar ke taska berkenaan pada 10.26 malam, 5 Jan lepas.

Sehubungan itu, katanya satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan semakan dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati taska tersebut berdaftar dan mempunyai lesen sah.

“Pada mulanya kedua-dua pihak bersetuju untuk tuntutan ganti rugi terhadap kejadian, namun begitu sehingga kini tiada penyelesaian dapat dibuat oleh kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular hantaran artikel bergambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebook “EL Ameerah” berkaitan kecederaan yang dialami kanak-kanak perempuan berusia satu tahun semasa berada di sebuah taska.

Media turut melaporkan ibu kanak-kanak itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap taska tersebut yang didakwa mengabaikan anaknya yang ditinggalkan bersama beberapa orang kanak-kanak lain di sebuah bilik tanpa pengawasan.

A. Asmadi turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan tidak menularkan artikel tersebut kerana ia boleh mendatangkan ketidakharmonian serta mengganggu siasatan polis. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings