the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemuda Umno hantar surat bantah kezaliman rejim Israel kepada Kementerian Luar Isnin ini

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno akan menghantar surat bantahan kepada Kementerian Luar Isnin ini berhubung perbuatan kejam tentera rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.

Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata surat itu antara lain menggesa seluruh negara Islam bersatu padu menentang keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel.

“Kita juga memohon Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak daripada membiarkan mereka terus menzalimi dan menyakiti saudara kita di Palestin,” katanya selepas himpunan Solidariti Pemuda Umno Bersama Palestin di pekarangan Masjid Kampung Baru di sini hari ini.

Beliau berkata himpunan itu diadakan untuk ‘menghantar mesej’ kepada rejim Israel bahawa tindakan menzalimi rakyat Palestin turut memberi kesan kepada negara Islam yang lain.

Muhamad Akmal berkata bendera Israel turut dibakar pada himpunan itu sebagai simbolik menentang kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin sekali gus menyatakan Israel tidak diiktiraf sebagai sebuah negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi berkata pihaknya menempatkan pegawai bagi memantau himpunan itu dan tiada sebarang insiden kekecohan dilaporkan.

Rabu lepas, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan menyerang jemaah Palestin.

Dalam perkembangan terbaharu, Israel hari ini melancarkan serangan udara di Lubnan, beberapa jam selepas ia menyerang terowong di Gaza. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

FAM runs FIFA programme to boost women’s football administration

The Football Association of Malaysia (FAM) is strengthening the national women's football ecosystem by focusing on team management and administration development through a FIFA programme.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings