the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rampas bungkusan tiub ubat gigi ekstrak ganja dialamatkan kepada dua ahli politik

PUTRAJAYA: Polis Sepang merampas bungkusan disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ,berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan seorang petugas pejabat kerajaan di sini yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, disyaki bungkusan u itu mengandungi barang terlarang dan pada minggu lepas juga pejabat kerajaan tersebut menerima satu bungkusan yang mengandungi daun ganja ,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Susulan itu, katanya, polis telah pergi ke hab kurier berkenaan dan merampas barang kes iaitu tiub ubat gigi dengan bercorak daun ganja yang tertera tulisan ‘Happy Green’ yang ditemui dalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.

Beliau berkata semakan polis mendapati barang tersebut dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.

“Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan. Siasatan lanjut diteruskan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings